fbpx

Suami isteri maut, anak cedera kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan suami isteri maut dalam kemalangan di KM 41.02 Jalan Baru Kulim-Baling-Gerik, Baling malam semalam.

BALING – Sepasang suami isteri maut selepas van dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah pikap di Kilometer 41.02 Jalan Baru Kulim-Baling-Gerik di sini, malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 malam itu, pemandu van, Saiful Azmi Mohd. Razali, 35, yang merupakan pembantu bengkel meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.

Isterinya, Sailulhayati Mat Isa, 36, yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan disahkan meninggal dunia semasa dirawat di Unit Kecemasan Hospital Kulim.

Sementara anak pasangan terbabit, Amar Rizqi, 2, mengalami kecederaan kulit tangan sebelah kiri terbakar dan cedera di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila van jenis Nissan dinaiki tiga beranak dari arah Baling menghala ke Kulim dipercayai hilang kawalan.

“Kenderaan tersebut kemudian terlanggar tembok jambatan di sebelah kiri jalan dan menyebabkannya berpusing.

“Pada masa sama sebuah pikap jenis Isuzu dipandu seorang guru yang berada di belakang tidak sempat mengelak lalu terlanggar bahagian hadapan sebelah kiri van berkenaan,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI