fbpx

SKMM arah syarikat telco larang pautan URL dalam SMS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Teo Nie Ching

PETALING JAYA – Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengeluarkan arahan kepada semua syarikat telekomunikasi untuk melarang sebarang kandungan pautan pelokasi sumber seragam (URL) dalam khidmat pesanan ringkas (SMS).

Timbalan Menteri KKD, Teo Nie Ching berkata, arahan tersebut dikeluarkan bagi mengelakkan pengguna menjadi mangsa ‘scam’ atau penipuan dalam talian.

“MCMC telah mengeluarkan satu arahan kepada syarikat telco untuk pastikan tiada seorang pun yang akan tersalah tekan URL itu dan berkemungkinan menjadi mangsa (penipuan dalam talian).

“Banyak penipuan dalam talian berlaku apabila pengguna tersalah tekan pautan tersebut, kemudian memberi maklumat peribadi dan akhirnya menjadi mangsa,” katanya ketika menjadi tetamu di Ai FM sempena Sambutan Ulang Tahun RTM ke-77 hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, arahan tersebut akan berkuat kuasa secara berperingkat dan berharap syarikat yang terlibat dapat melaksanakan arahan tersebut dalam masa yang terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI