fbpx

Sami Buddha baling duit RM19,421 kepada tetamu majlis hari lahir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang sami Buddha, Phra Khru Phot Suwannarat aka Luang Phor Kaen (kanan) membaling wang dari 'pentas' yang diangkut dengan kren di wilayah Surin pada Selasa lalu. - Foto Thaiger

BANGKOK – Seorang sami Buddha naik ke udara dengan bantuan sebuah kren dan melontar wang tunai 150,000 baht (RM19,421) kepada tetamu majlis hari ulang tahun kelahirannya di sebuah kuil di wilayah Surin, timur laut Thailand pada Selasa lalu, lapor portal berita Thaiger.

Bagi meraikan hari lahirnya yang ke-46 dan tahun ke-24 sebagai sami, Phra Khru Phot Suwannarat menggunakan sebuah kren yang disewa untuk mengangkatnya.

Sami sebenarnya dilarang menerima atau memiliki wang. Ini kerana menurut ajaran Theravada di Thailand, kekayaan peribadi merupakan penghalang untuk menuju nirwana,

Namun, ramai sami tidak mematuhi peraturan itu, demikian menurut tinjauan oleh Pusat Pengajian Buddhisme Universiti Chulalongkorn.

Dalam tinjauan itu, ramai sami menyatakan bahawa mereka mengumpulkan wang dan ada yang menggunakan kad debit serta kredit.

Bagaimanapun, sami yang melemparkan wang itu memulangkan semula sebahagian kekayaannya kepada masyarakat.

Dia juga ialah seorang sami popular dan mempunyai 19,000 pengikut di akaun Facebooknya selain terkenal dengan sumbangan amalnya dan mahir berbahasa Khmer. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI