fbpx

Ribut petir, hujan lebat di tujuh negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
- GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA- Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan di tujuh negeri sehingga pukul 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, ribut petir dijangka berlaku di seluruh Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Menurut MetMalaysia, hujan lebat turut dijangka di Pahang (Bentong, Maran, Bera, Pekan dan Rompin).

Kata MetMalaysia, Selangor di Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang, manakala Negeri Sembilan di Jelebu dan Jempol.

Tambah Met Malaysia, cuaca sama bakal melanda Johor iaitu di Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Bagi Sabah, ribut petir diramal berlaku sekitar Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI