fbpx

Raya tak semestinya semua kena baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Hari ini genap 10 hari umat Islam berpuasa. Terasa begitu cepat masa berlalu, berbaki kira-kira tiga minggu lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Perayaan yang paling ditunggu-tunggu oleh semua komuniti Islam tidak kira tua atau muda, tetapi biasanya kanak-kanak yang paling tidak sabar sambut raya.

Tahun ini, persiapan menyambut Syawal yang merupakan bulan kemenangan bagi orang Islam selepas sebulan menahan diri daripada melakukan perkara ditegah tidak semeriah seperti tahun-tahun sebelumnya.

Tidak dinafikan masih ada yang berkira-kira untuk sambut raya. Dengan tekanan kos sara hidup meningkat saban tahun, tetapi pada pandangan penulis tahun ini yang paling mencabar. Duit mengalir umpama air.

Jadi pasti ada di luar sana yang menyambut Aidilfitri sekadar apa yang ada secara sederhana tahun ini. Apa tidaknya, banyak wang yang perlu dibelanjakan pada Mac dan April ini.

Bermula daripada persiapan pembukaan sesi baharu sekolah anak-anak, sambut puasa dan seterusnya Hari Raya Aidilfitri, memang kena berjimat.

Silap percaturan ada yang berhutang sementara menunggu gaji bulan Mei. Jika tahun lepas, ada duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai penyelamat.

Tahun ini nampaknya kena merancang betul-betul dari awal. Buat persiapan sedikit demi sedikit jadi tidaklah terasa sangat. Tidak salah kita sambut Aidilfitri secara sederhana seperti baju raya recycle, beli baju terpakai atau kuih raya tidak penuh meja.

Buat perancangan ikut ‘poket’ masing-masing, jangan terikut-ikut dengan gaya hidup orang lain. Rezeki orang tidak sama.

Tambahan pula Syawal bukannya bulan untuk menunjuk-nunjuk baju raya siapa paling lawa, siapa paling banyak sedekah duit, tetapi untuk kita mengeratkan silaturahim.

Ziarah sanak saudara dan bersedekah mengikut kemampuan masing-masing. Semoga pengisian Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.
Selamat berpuasa.

Tahniah kepada Timbalan Ketua Polis Negara,
Tan Sri Razarudin Husain kerana disambung kontrak selama dua tahun dan Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay atas pelantikan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman berkuat kuasa 16 April ini. Kepada Datuk Seri Abd. Jalil Hassan, selamat bersara. Terima kasih atas jasa dan bakti kepada negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI