fbpx

Ramadan tambah amalan, bukan bulan beramal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan
ZURAINI MOHD KHALID
WARTAWAN EKSEKUTIF

Ramadan merupakan bulan yang paling dinantikan umat Islam di seluruh dunia memandang­kan pada bulan berkenaan Allah menawarkan pelbagai ganjaran untuk direbut oleh hamba-hambanya.

Ramadan juga dianggap sebagai bulan untuk umat Islam beramal dan membawa permulaan kepada perubahan baharu dalam kehidupan baik dalam hidup seseorang.

Begitupun, ada dalam kala­ngan umat Islam yang menjadikan Ramadan sebagai satu-satu­nya bulan mereka me­lakukan ibadah dan akan meninggalkannya selepas 30 hari de­ngan menggelar Ramadan sebagai bulan ibadah.

Ramadan seharusnya dijadikan bulan yang mana umat Islam bersungguh-sungguh dalam meningkatkan amal ibadah mereka bagi merebut segala ganjaran pahala yang dijanjikan Allah.

Menurut penceramah bebas, Ustaz Datuk Dr. Zahazan Moha­med, umat Islam perlu mengubah tanggapan iaitu me­lakukan amal ibadah hanya pada bulan Ramadan dan ‘menghilang’ pada bulan-bulan seterusnya.

“Sebagai orang Islam, ibadah berpuasa bukan terhad kepada Ramadan sahaja, tetapi harus dijadikan amalan pada bulan-bulan lain menerusi amalan berpuasa sunat.

“Pada bulan-bulan lain, amal ibadah lain seperti bangun solat pada waktu malam dan bersedekah juga dituntut,” ujarnya.

Jelas Pengarah Urusan Syarikat Penerbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. itu, tanggapan Ramadan sebagai bulan ibadah dan bukan bulan meningkatkan amal ibadah dilihat sebagai satu perkara yang bercanggah malah tidak begitu bertepatan dengan perkara yang dianjurkan Islam.

Contoh lain yang boleh diberikan adalah perbandingan pahala menunaikan solat di Masjidilharam yang jauh lebih tinggi berbanding mendirikan solat di tempat lain.

“Satu contoh lain, solat di Masjidilharam lebih afdal berban­ding dengan 100,000 solat di masjid lain.

“Apabila melihat kepada konteks ini, sebagai contoh, apabila saya sudah menunaikan solat lima waktu di Masjidilharam selama lima hari berturut-turut, jadi bila pulang ke tanah air, adakah saya boleh ‘berhenti’ menunaikan solat selama sebulan?

“Ini kerana saya sudah mendapat pahala banyak ketika di Mekah? Jawapannya tidak.

“Justeru, umat Islam perlu faham bahawa di tempat itu (Masjidilharam), ada kelebihannya yang tersendiri dan di tempat kita juga ada kelebihan. Ia perlu diteruskan,” jelasnya.

Ujar Zahazan, setiap bulan Islam mempunyai hak dan tanggungjawab tersendiri. Oleh sebab itu, umat Islam tidak seharus­nya memfokuskan amal ibadah mereka pada bulan Ramadan sahaja dan mengabaikan 11 bulan yang lain.

“Bulan Ramadan ini merupakan masa terbaik untuk kita mengingatkan antara satu sama lain bahawa ia merupakan bulan peningkatan amal ibadah dan bukannya terhad sebagai bulan ibadah.

“Biarpun tindakan itu mungkin dianggap kurang popular, namun jika tidak diingatkan sampai bila kita akan terus menjalani Ramadan sebegini dan mensia-siakan bulan-bulan yang lain,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI