fbpx

PKBM gantung jurulatih berbasikal terlibat gangguan seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABU SAMAH

HARAPKAN pagar, pagar makan padi. Itulah ungkapan pa­ling tepat digambarkan selepas terdapat dakwaan seorang pelumba berbasikal wanita mengalami gangguan seksual dan lebih mengecewakan pelaku­nya adalah jurulatihnya sendiri.

Pelumba wanita berusia 20-an itu yang juga pemenang pingat pada Sukan SEA Vietnam tahun lalu dikatakan mengharungi detik hitam itu sejak kebelakangan ini. Sebagai langkah selamat, atlet remaja negara itu telah membuat laporan polis baru-baru ini.

Presiden PKBM, Datuk Abu Samah Abd. Wahab mengesahkan perkara tersebut dan me­negaskan jawatankuasa disiplin sudah mengambil tindakan susulan dengan menggantung jurulatih berkenaan serta merta.

“Saya mengesahkan memang terdapat laporan berkaitan seorang pelumba basikal wanita mengalami gangguan seksual daripada jurulatihnya baru-baru ini.

“PKBM menyerahkan siasatan lanjut kepada pihak polis dan pada masa sama menggantung jurulatih berasal dari Terengganu itu untuk memberi ruang kepada jawatankuasa disiplin badan induk berbasikal negara mendapatkan maklumat berkaitan kejadian itu.

“Pada masa ini, skuad berbasikal bukit (MTB) terbabit sedang menjalani latihan di Putrajaya sebagai persiapan untuk mengharungi temasya Sukan SEA Kemboja yang berlangsung pada Mei nanti.

“Atlet berkenaan dibenarkan menjalani latihan dan jurulatih digantung tugas serta merta sehingga siasatan selesai,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Dalam pada itu, Abu Samah turut menjelaskan, pihaknya tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam gangguan seksual dan menegaskan, keselamatan atlet adalah keutamaan mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI