fbpx

Perkahwinan tak penting, 5 selebriti katakan ‘tidak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIMA selebriti Hollywood yang memilih untuk tidak lagi memikirkan soal perkahwinan.

PERKAHWINAN kedengaran indah, namun hakikatnya ada bermacam sisi lain yang tidak sentiasa menjanjikan kebahagiaan berpanjangan.

Bukan semua orang meletakkan perkahwinan sebagai satu sasaran dalam hidup, bergantung terhadap banyak faktor, antaranya selesa hidup sendiri, mahukan kebebasan atau juga bersandarkan alasan, hidup juga boleh jadi lebih bahagia tanpa pasangan.

Dari konteks kehidupan sebagai seorang figura popular, perkahwinan selalunya isu paling akhir difikirkan kerana perkara tersebut ibarat tabu dan bertentangan dengan status glamor yang disandang.

Bahkan bagi mereka yang pernah berkahwin, seboleh-bolehnya enggan lagi mengulang perkara sama. Sesetengahnya menganggap perkahwinan sebagai satu kesilapan ataupun trauma.

Minggu ini Gala berkongsi kisah beberapa selebriti popular dunia yang menolak perkahwinan dalam kamus hidup mereka atas beberapa alasan tersendiri.

Oprah Winfrey

TAK pernah timbul sedikit pun rasa menyesal dalam diri pengacara ternama, Oprah Winfrey acap kali berbicara tentang keputusannya yang enggan berkahwin dan memiliki anak.

Figura berusia 69 tahun itu bagaimanapun mengakui, pernah sekali terdetik dalam hidupnya untuk bergelar seorang ibu ketika mengikat tali pertunangan dengan pasangannya, Stedman Graham.

Sehinggakan ketika perasaan itu hadir, dia sempat membeli sebuah apartmen tambahan untuk dijadikan bilik tidur anak-anaknya kelak.

Bagaimanapun, semuanya hilang begitu sahaja selepas dia berasakan untuk bergelar seorang ibu memerlukan tanggungjawab dan pengorbanan tinggi.

“Saya tak mampu jadi seperti wanita lain yang duduk di rumah menjaga anak-anak. Penghargaan tinggi untuk mereka tapi saya tak mampu lakukannya,” kata Oprah.

Drew Barrymore

“TAKKAN, takkan, takkan, takkan! Sampai bila-bila saya takkan kahwin lagi!” demikian penegasan berulang kali aktres popular Drew Barrymore tentang perkahwinan selepas pernah melalui fasa perceraian sebanyak tiga kali.

Kata bintang popular itu, ikatan perkahwinan bukan seperti hubungan percintaan. Meskipun bersandarkan hubungan cinta, namun kedua-dua perkara tersebut sangat berbeza daripada banyak segi.

“Kalau putus cinta, kita akan terluka untuk beberapa tempoh, kemudian ‘move on’. Sebaliknya jika berkahwin kemudian bercerai, itu sangatlah berbeza,” ujarnya dalam temu bual bersama People pada 2020.

Biarpun begitu, Barrymore sama seperti individu lain yang ada fitrah untuk dicintai, sekali gus tidak menolak sekiranya terbuka hati bercinta lagi.

Jake Gyllenhaal

SEPERTI yang diketahui umum, aktor Jake Gyllenhaal banyak kali menjalin hubungan cinta dengan nama-nama popular, antaranya Kirsten Dunst, Natalie Portman, Reese Witherspoon dan Taylor Swift.

Dalam banyak hubungan yang terjalin, sekali pun dia tidak pernah membawa mana-mana wanita ke gerbang perkahwinan.

Dalam temu bual bersama medua pada 2015, bintang Nightcrawler itu bercakap tentang alasan tidak pernah mengahwini mana-mana bekas kekasihnya sebelum ini.

“Saya rasa, mungkin sebab saya rasa takut. Ada ramai wanita cantik dan banyak peluang (untuk mendekati), tetapi semuanya berbalik kepada konsep, semuanya akan menjadi kalau kita bertemu orang yang tepat,” ujarnya.

SEPERTI yang diketahui umum, aktor Jake Gyllenhaal banyak kali menjalin hubungan cinta dengan nama-nama popular, antaranya Kirsten Dunst, Natalie Portman, Reese Witherspoon dan Taylor Swift.

Dalam banyak hubungan yang terjalin, sekali pun dia tidak pernah membawa mana-mana wanita ke gerbang perkahwinan.

Dalam temu bual bersama medua pada 2015, bintang Nightcrawler itu bercakap tentang alasan tidak pernah mengahwini mana-mana bekas kekasihnya sebelum ini.

“Saya rasa, mungkin sebab saya rasa takut. Ada ramai wanita cantik dan banyak peluang (untuk mendekati), tetapi semuanya berbalik kepada konsep, semuanya akan menjadi kalau kita bertemu orang yang tepat,” ujarnya.

Halle Berry

KEGAGALAN perkahwinan pertama yang dibina Halle Berry pada 2005 membuatkan aktres itu bersumpah tidak akan berkahwin lagi seumur hidupnya.

Sumpah tersebut lebur apabila dia kembali berkahwin pada 2013, sebelum mahligai baharunya juga menemui kehancuran tiga tahun kemudian.

Selepas melalui tiga kali perceraian, perspektif Berry tentang perkahwinan benar-benar tertegak dengan keputusan untuk tidak lagi memikirkan soal itu.

Sudut pandangnya terhadap perkahwinan sudah tidak sama seperti dahulu.

“Kita wanita berkahwin kerana fikir hubungan itu akan kekal selamanya bersama putera raja yang menunggang kuda cantik.

“Itu yang diceritakan kisah dongeng ketika saya kecil. Tetapi sekarang saya jadi anticerita dongeng,” ujarnya penuh makna.

Charlize Theron

PERCAYA atau tidak, aktres jelita Charlize Theron langsung tidak berminat untuk mendirikan rumah tangga sepanjang hidupnya. Bahkan menjalin hubungan cinta pun tidak pernah.

Theron berasakan, fasa menjalin hubungan dengan seseorang dan membawa cinta ke alam perkahwinan bukan satu perkara penting dalam kehidupannya.

Berpegang kepada pendirian tersebut, aktres itu pada masa sama meluahkan rasa hairan dan pelik, mengapa orang luar pula yang berasa marah dengan keputusannya apabila enggan berkahwin.

Cuma satu hal tentang bintang The Italian Job itu, dia terbuka bercinta, namun cukup setakat dalam fasa begitu dan enggan membawa hubungan tersebut ke alam perkahwinan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI