PETALING JAYA – Akibat leka bermain telefon pintar di atas jalan raya, penunggang motosikal tiba-tiba hilang kawalan dan merempuh kereta jenis Perodua Alza.
Video rakaman papan pemuka berdurasi tujuh saat dikongsikan oleh pengguna Farith Azlan di Facebook pagi ini.
Menerusi perkongsian terbabit, penunggang motosikal dilihat leka dengan telefon pintarnya menggunakan tangan sebelah kiri sebelum berlaku kemalangan.
“Tangan kiri main telefon, tangan kanan pegang ‘handle’ dan hilang kawalan,”tulis Farith dalam hantaran terbabit.
Rakaman insiden berkenaan mengundang kecaman daripada pengguna yang lain selain bersimpati kepada nasib pemilik kereta.
“Kereta alami kerosakan macam mana mahu baiki? Insurans motosikal mana cukup,”ujar Mohd Zulkifli Mok Tengoh.
“Putar belit cerita sikit, nanti ramai-ramai geng motosikal bantai pemandu kereta,”kata Hazman Kim.
“Disebabkan kecuaian kau, orang lain jadi mangsa. Raya dah dekat,”komen Muhammad Hasif Haziq. -KOSMO! ONLINE.
Accident dekat traffic light BHP Taman Kosas.
Kereta Perodua WJH9292 jadi mangsa kena langgar dengan motor disebabkan kecuaian pemanduan motor tu sendiri (tangan kiri main hp, tangan kanan pegang handle and lost control)
PM saya kalau perlukan evidence ni (from my own dashcam) pic.twitter.com/eS9t0RrmYV
— myra hazel (@myrahazelS) March 31, 2023