fbpx

Pelaksanaan cukai cecair vape bermula hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA- Kerajaan bersetuju mewartakan duti eksais bagi cecair vape dengan kandungan nikotin pada kadar 40 sen setiap mililiter (ml) dalam usaha mengenakan cukai produk cecair atau gel yang mengandungi nikotin.

Pelaksanaan cukai itu diumumkan menerusi notis warta Kerajaan Persekutuan dikeluarkan semalam oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut notis warta kerajaan itu, duti baharu itu akan berkuat kuasa 1 April 2023 berikutan bermulanya Perintah Duti Eksais (Pindaan) 2023.

Sebelum ini, ketika perbentangan Bajet 2023, Anwar berkata, kerajaan akan mengenakan duti eksais ke atas produk cecair atau gel yang mengandungi nikotin di mana separuh daripada hasil akan diperuntukkan kepada Kementerian Kesihatan.

Katanya, cecair atau gel nikotin berpotensi mendatangkan hasil kepada kerajaan yang dianggarkan bernilai RM2 bilion berikutan digunakan secara meluas dalam rokok elektronik dan vape.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, tampalan, cecair dan gel nikotin bagi membantu menghentikan tabiat merokok telah dikecualikan daripada Akta Racun 1952.

Ia terpakai ke atas tampalan dan gula-gula getah nikotin yang didaftarkan di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan turut memaklumkan sedang dalam proses mengeluarkan produk cecair atau gel nikotin dalam Akta Racun 1952 sebelum melaksanakan cukai terhadap penggunaan rokok elektronik (e-rokok) dan vape. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI