fbpx

‘Pegawai penyiasat’ kebas duit cikgu RM268,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Angkara ‘phone scam’, seorang guru wanita berputih mata apabila wang dalam akaun miliknya lenyap, hanya RM140 sahaja ditinggalkan ‘pegawai penyiasat’.

Lebih malang, mangsa berusia 51 tahun itu terpaksa membuat pinjaman sebanyak RM250,000 bagi membayar wang jaminan setelah diperdayakan terlibat kes penggubalan wang haram dan dadah.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, mangsa menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan ketika menghubungi bank untuk menyemak baki di dalam akaun, semalam.

“Mangsa ditipu oleh pemanggil yang menyamar sebagai pegawai insurans mendakwa pengadu ada membuat tuntutan perubatan sejumlah RM68,800, Februari lalu. Pengadu telah menafikan perkara tersebut dan ingin membuat laporan polis.

“Semasa panggilan tersebut, pengadu (konon) disambungkan kepada Ibu Pejabat Polis dan bercakap dengan penolong pegawai penyiasat untuk membuat laporan polis.

“Pengadu kemudian disambungkan panggilan kepada pegawai penyiasat dan pegawai tersebut mengatakan pengadu mempunyai kes berkaitan penggubalan wang haram dan dadah serta perlu membuat rayuan kepada pendakwa raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beng Yeow berkata, pengadu dikehendaki memberikan maklumat akaun serta kawalan akses terhadap akaun tersebut dan pengadu turat diarah memindahkan wang ke dalam akaun bank miliknya.

“Pengadu diberikan ikat jamin oleh pegawai penyiasat kes namun perlu membayar wang berjumlah RM268,000. Pengadu telah membuat pinjaman sebanyak RM250,000 untuk menambah jumlah wang jaminan tersebut.,” katanya.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI