fbpx

MotoGP: Bagnaia mahu tamat badi Ducati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAGNAIA berazam untuk memburu kemenangan pertama buat Ducati di Argentina yang belum pernah mereka nikmati. – AFP

TERMAS DE RIO HONDO, Argentina – Juara dunia 2022, Francesco Bagnaia mahu melakar sejarah menjadi pelumba Ducati pertama menjuarai perlumbaan di Grand Prix (GP) Argentina, Ahad nanti.

Peluang tersebut dianggap cerah selepas empat pelumba iaitu Marc Marquez, Miguel Oli­veira, Enea Bastianini dan Pol Espargaro tidak akan mengambil bahagian pada perlumbaan itu apabila kesemua mereka mengalami kecederaan ketika aksi di GP Portugal minggu lalu.

Justeru, Bagnaia mahu menggunakan kesempatan tersebut dengan memberikan aksi terbaik dan mencari ruang bagi memberikan kemenangan pertama buat Ducati di Litar Termas de Rio Hondo.

“Saya benar-benar ingin tahu apa yang berlaku kerana Ducati tidak pernah menang di sini. Kami belum menguji jentera di trek ini, tetapi saya pasti kami ada potensi.

“Minggu lalu semuanya berada dalam keadaan sempurna dan saya berharap perkara yang sama akan berlaku di sini.

“Walau apa pun, saya optimis kerana perasaan saya dengan jentera benar-benar luar biasa, jadi saya yakin saya boleh beraksi dalam apa jua keadaan,” kata Bagnaia.

Salah satu pencabar utama Bagnaia ialah Maverick Vinales dari Aprilia yang pernah memenangi Grand Prix Argentina bersama Yamaha pada 2017.

Vinales juga berada dalam momentum terbaik apabila menamatkan saingan tempat kedua hujung minggu lalu di Portugal.

Juara dunia 2021 yang mengemudi jentera Yamaha, Fabio Quartararo mengisytiharkan litar Argentina itu sebagai bukan kegemarannya.

Bastianini tidak akan me­nyertai perlumbaan di Argentina selepas mengalami kece­deraan patah tulang selangka selepas terlibat dalam kemalangan pada perlumbaan pecut.

Espargaro juga kemungkinan akan berehat panjang selepas me­ngalami patah tulang rahang dan tulang belakang berikutan kemalangan pada sesi latihan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI