fbpx

Mengaku gugurkan janin kembar, bekas ratu cantik dicerai suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bekas rantuk cantik negara didakwa diperdaya suami sendiri sehingga dia bertindak menggugurkan kandungannya.

PETALING JAYA – Seorang bekas ratu cantik negara mengakui dirinya pernah menggugurkan janin kembarnya yang ketika itu berusia dua bulan hasil persetubuhan luar nikah.

Dia yang juga seorang pelakon mendedahkan perkara itu menerusi satu sidang akhbar bersama sebuah portal tempatan semalam.

Katanya, dia disahkan mengandung (anak kembar) pada Januari tahun lalu dan teman lelakinya memujuknya agar kandungan tersebut digugurkan.

“Pada awalnya saya menentang permintaan tersebut, namun akhirnya menuruti rayuan lelaki itu selepas diberi jaminan bahawa mereka akan berkahwin sekiranya kandungan itu digugurkan.

“Teman lelaki memujuk dan meyakinkan saya. Beliau berjanji akan mengahwini saya selepas menggugurkan kandungan.

“Selepas kandungan digugurkan, dia mengotakan janji berkahwin dengan saya,”katanya.

Malangnya, lelaki itu bertindak menfailkan talak hanya selepas enam bulan usia perkahwinan mereka.

“Saya tidak sangka akan diceraikan selepas lapan hari mengalami keguguran. Lebih menyedihkan selepas penceraian difailkan, suami dan keluarga sudah tidak memperdulikan saya dan membiarkan saya menghadapi masalah ini seorang diri,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI