PETALING JAYA – Malaysia berjaya meraih pulangan pelaburan sebanyak RM170 bilion daripada pelabur China, menjadikan pulangan pelaburan tersebut yang paling tinggi dalam sejarah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, melalui perolehan pelaburan menunjukkan bahawa pelabur dari republik berkenaan yakin terhadap ekonomi Malaysia.
Beliau mengumumkan perkara tersebut selepas berakhirnya Forum Perniagaan Malaysia-China 2023, di Beijing, hari ini.
Jumlah terbesar pulangan pelaburan itu adalah terhasil daripada 19 memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara syarikat Malaysia dan China yang disaksikan oleh Anwar yang juga Menteri Kewangan.
Antara syarikat terlibat merangkumi sektor perumahan, pembinaan, pendidikan, teknologi, pertanian, serta tenaga.
Terdahulu, Anwar tiba di China pada Rabu lalu untuk lawatan rasmi empat hari dengan mengetuai delegasi Malaysia ke negara berkenaan.
Turut hadir Menteri Perdagangan, Antrabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir; dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.
Selain itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Menteri Pelancongan dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang.