GEORGE TOWN – Pasukan Penang FC melakar kejutan apabila berjaya mencipta kemenangan sulung di laman sendiri setelah membenam Perak FC 3-1 pada perlawanan keenam Liga Super 2023 di Stadium Bandaraya di sini malam tadi.
Skuad Harimau Kumbang yang turun tanpa kelibath Ketua Jurulatihnya, Choog Yee Fat itu memperoleh gol tunggal seawal minit keenam menerusi rembatan padu penyerang tunggal dari Lubnan, Soony Saad.
Perlawanan di separuh masa pertama bermula garang sejurus pasukan tuan rumah sekali lagi membolos gawang pasukan pelawat pada minit ke-37 menerusi sepakan Nik Akif Syahiran Nik Mat.
Kedua-dua gol tersebut membangkitkan semangat juang pemain Penang FC saat beraksi di hadapan 3,540 penyokong dan menggandakan asakan ke kubu Perak FC untuk mencari jaringan tambahan.
Bagaimanapun, keputusan itu kekal sehingga wisel penamat separuh masa pertama dibunyikan.
Memasuki babak kedua, hasrat Harimau Kumbang untuk mengekalkan jaringan tidak kesampaian apabila pasukan Perak FC menerusi penyerang import dari Korea, Seo Seonung berjaya memecah kebuntuan dengan mencipta gol pertama mereka pada minit ke-71.
Rentak konsisten Penang FC akhirnya berjaya memperoleh gol ketiga melalui tandukan pemain import, Giovane Gomes pada minit ke-83.
Tambahan masa empat minit bagaimanapun tiada sebarang penambahan gol yang dicipta oleh kedua-dua pasukan sehingga wisel penamat dibunyikan. -KOSMO! ONLINE.