fbpx

Harga siling ayam, telur tidak diapung sehingga Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAHUDIN melawat Pasaraya Hwai Thai di Pandan City, Johor Bahru hari ini. - Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tidak bercadang untuk mengapungkan harga siling bagi ayam dan telur sehingga kedatangan Hari Raya Aidilfitri ini.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, keputusan itu dibuat berikutan kadar penggunaan bekalan makanan itu dalam kuantiti yang tinggi pada bulan Ramadan dan Syawal ini.

Beliau berkata, walaupun kadar penggunaan yang tinggi, pihaknya memberi jaminan bekalan ayam dan telur mencukupi serta dijual pada harga siling yang ditetapkan.

“Ini telah kita putuskan dalam Kabinet semasa Ramadan dan Syawal, harga ini dikekalkan. Ini kerana Hari Raya Aidilfitri ini istimewa, bukan disambut dua hari tetapi sebulan dan ada yang anjurkan rumah terbuka.

“KPDN dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) juga telah mengadakan libat urus dan setakat ini kita beri jaminan harga dan bekalan mencukupi dijual pada harga syiling,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Jualan Rahmah Pasaraya Hwa Tai di Pandan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Salahuddin berkata, pemantauan yang dilakukan setiap hari sepanjang Ramadan ini mendapati harga barangan asas keperluan tidak berlaku kenaikan harga.

Beliau memberitahu, pemain industri juga telah memberi jaminan dan menyatakan kesediaan mereka untuk membuat lebihan pengeluaran ayam dan telur pada musim Ramadan berikutan peningkatan permintaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI