fbpx

Najib terkilan tak sempat berbuka, solat dengan keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib ketika hadir ke mahkamah sebelum ini

PETALING JAYA – “Daddy (ayah) baru fikir apa kita nak buka puasa malam ini? Ingat boleh sembahyang bersama family (keluarga).”

Demikian kata-kata yang sempat disampaikan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada anak-anaknya sebelum dibawa pulang ke Penjara Kajang semalam.

Perkara itu dikongsikan anaknya, Nooryana Najwa menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

“Kepada semua sahabat-sahabat DSN (Datuk Seri Najib), minta maaf Yana pulang hari ini dengan tangan kosong.

“Setiap hari Yana berdoa dan menaruh harapan agar Yana diberi peluang pegang tangannya sekali lagi, peluknya dan pulang ke rumah bersama keluarga. Malam ini rumah kosong lagi,” luahnya.

Katanya lagi, sememangnya perasaan sedih menyelubungi hidupnya kerana masih terpisah dengan orang yang sangat disayanginya.

“Sedih, memang sedih. Kerana ketika diperlukan, DSN sentiasa berada di sisi kita. Ketika diminta peluang, DSN jarang say no (kata tidak). Kerana ketika tiada apa-apa juga DSN tetap bersuara, sama-sama berjuang untuk semua.

“Seumur hidup DSN, selalunya berfikirkan, adakah rakyat susah? adakah semua dapat makan ? Kita buat bantuan tunai, kita buat klinik, kita buat kedai, kita bina infrastuktur awam.

“DSN tak minta apa pun. Hanya perbicaraan adil. Bermula dengan pertukaran Hakim di Mahkamah Tinggi sehingga ke rayuan di Mahkamah Persekutuan di mana bukti baharu yang boleh membersihkan namanya tidak dibenarkan, konflik berkepentingan Hakim tidak diterima dan yang paling asas, masa dan peluang untuk DSN membela dirinya menghadapi isu demi isu,” katanya.

Tambahnya lagi, ramai yang kecewa apabila semalam, Najib gagal dalam permohonannya di Mahkamah Persekutuan Putrajaya bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd. dihadapinya.

“Yana tahu ramai yang kecewa dan keputusan penghakiman semalam juga mengejutkan perundangan kerana ia membawa kesan dan akibat besar.

“Yana tahu DSN seorang pejuang dan DSN tetap mahukan perbicaraan dan pengakhiran yang adil kepadanya.

“Yana berharap kita semua akan terus mengambil langkah bertindak dengan berani mempertahankan dan memperjuangkan keadilan penuh untuknya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI