fbpx

F1: Leclerc tidak mahu janjikan magis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LECLERC memberi gambaran bahawa jentera Ferrari tidak akan banyak berubah di Australia berbanding apa yang dilalui di Arab Saudi sebelum ini. – AFP

MELBOURNE, Australia – Pelumba Ferrari, Charles Leclerc enggan meletakkan sebarang ‘keajaiban’ yang mampu dilakukan pasukannya menjelang Grand Prix (GP) Australia hujung ming­gu ini meskipun tahun lalu dia berjaya melakar kemenangan di Litar Albert Park.

Pelumba kelahiran Monaco tersebut memulakan saingan Formula Satu (F1) 2022 dengan positif apabila mencatat kemenangan pembuka tirai di Bahrain dan menamatkan saingan tempat kedua di Arab Saudi untuk mendahului carta kedudukan pelumba.

Namun berbeza musim ini apabila Leclerc mengakui situasi yang dihadapi tidak seperti yang diramal apabila Ferrari bergelut dengan jentera mereka terutama selepas dia gagal menamatkan saingan di Bahrain dan sekadar berada di tempat ketujuh pada perlumbaan kedua di Arab Saudi pada 19 Mac lalu.

“Ya, musim lalu adalah suatu pengalaman yang baik, tetapi melihat tahun ini kami seperti belum lagi ‘menyertai’ perlumbaan dan merindui situasi se­perti tahun lepas.

“Saya fikir dengan jelas prestasi kami tidak sebaik tahun lepas, tetapi kami bekerja keras mencuba untuk kembali ke hadapan memberi tentangan.

“Apapun, saya tidak fikir akan ada keajaiban untuk hujung ming­gu ini. Selepas itu kami mempunyai masa kira-kira tiga minggu sebelum GP Azerbaijan. Jadi, kami akan cuba menggunakan segala peluang yang ada terutama mencari pelarasan terbaik bersama jentera 2023 ini,” tegas Leclerc.

Ferrari bukan sahaja ditewaskan secara total oleh kedua-dua pemandu Red Bull, Max Verstappen dan Sergio Perez di Arab Saudi dua minggu lalu, tetapi juga dikalahkan oleh Fernando Alonso dari Aston Martin dan dua pelumba Mercedes.

Walaupun Ferrari menunjukkan peningkatan pada sesi kelayakan, tetapi pasukan Itali itu gagal ‘menterjemahkan’ aksi terbaik tersebut pada hari perlumbaan sebenar. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI