SEJAK Diana Danielle memfailkan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil, nama aktres itu tidak pernah berhenti menjadi bahan bualan netizen apabila hampir setiap hari namanya sohor kini dalam Twitter.
Tidak cukup dengan itu, beberapa video temu bualnya sebelum ini berkaitan rumah tangga kembali tular.
Salah satu video tular, termasuklah yang memaparkan perkongsian rasa bahagianya kerana memiliki suami dan rumah tangga yang bahagia selepas 10 tahun bergelar isteri.
Selain video temu bual, rakaman reaksi wajahnya ketika keluar dari kamar mahkamah baru-baru ini turut mencuri perhatian ramai.