fbpx

Dia bukan budak nak dipantau – isteri Aliff Syukri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAHIDA berasa ketenteraman agak terganggu dengan sikap netizen yang mengaitkan dirinya dengan video muzik kontroversi Aliff Syukri.

PETALING JAYA – Enggan terpalit dengan kontroversi sedutan video muzik lagu raya Datuk Seri Aliff Syukri, isterinya, Datin Seri Shahida Mohd Rashid meminta orang ramai berhenti daripada mengaitkan dirinya dengan isu berkenaan.

Kata usahawan itu, dia dan anak anak tiada kaitan dengan tindakan mahu pun situasi dicetuskan Aliff sehingga mereka menjadi sasaran dalam media sosial.

“Tak perlu ‘kot’ nak ‘tag-tag’ saya dengan benda yang tiada kaitan dengan saya.

“Saya dan anak-anak tiada kaitan langsung ya dengan apa-apa juga lagu.

“Orang lain makan nangka, orang lain kena getah,” tulisnya menerusi perkongsian dalam Instagram Story.

Shahida yang juga ibu kepada lima orang cahaya mata menegaskan sudah melaksanakan tanggungjawab memberi nasihat, namun terpulang kepada tuan punya badan untuk membuat keputusan.

Bekas anggota kumpulan nasyid Solehah itu juga memohon netizen supaya jangan mengganggu mereka lagi dengan isu yang tidak perlu.

“Sebagai orang yang dekat, saya sudah nasihat dan dia bukan budak-budak yang saya kena pantau.

“Dia dah besar dan boleh fikir baik dan buruk. Jangan ganggu ketenteraman saya dan anak-anak,” luahnya.

Difahamkan, Shahida yang kini sarat hamil sedang menunggu hari melahirkan cahayamata keenam mereka.

Terbaharu, Aliff sekali lagi memancing kecaman selepas berkongsi sedutan sebuah video bagi lagu rayanya yang diberi judul Cak Kun Cak Raya.

Menerusi video itu, usahawan sensasi tersebut rancak menyanyi sambil menari diiringi empat penari lelaki.

Namun yang menjadi perhatian apabila mereka mengenakan persalinan ketat seakan-akan baju renang dan dipadankan bersama songkok serta samping.

Malah lenggok tarian yang disifatkan ramai sebagai terkinja-kinja juga didakwa tidak bersesuaian dengan lagu berkonsepkan Syawal, apatah lagi dikongsikan pada bulan Ramadan.

Susulan itu, ramai yang menegurnya selain dalam kalangan netizen ada yang memetik nama Shahida dengan mengatakan isteri usahawan terbabit selepas itu akan tampil dengan drama tangisan.

Sementara itu, tahun lalu Aliff pernah dipanggil memberi keterangan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi membantu siasatan berhubung klip video lagu Kelepok Raya yang dikaitkan dengan unsur bertentangan norma dan budaya tempatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI