fbpx

Barbie Iraq jalani 43 pembedahan plastik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Naeem ingin kelihatan seperti anak patung Barbie. - @dalia_naim1/CEN

BAGHDAD – Seorang wanita di Iraq yang ketagih menjalani pembedahan plastik untuk menjadi seperti patung Barbie, telah mendedahkan wajah baharunya selepas menjalani hampir 50 prosedur berkenaan, lapor akhbar The Sun.

Dalia Naeem, 29, membelanjakan banyak wang untuk transformasi dramatiknya supaya kelihatan seperti anak patung itu.

Dia malah mendapat julukan ‘Barbie Iraq’ kerana ciri-cirinya yang berlebihan dan memiliki rambut perang yang tebal.

Pelakon kelahiran Baghdad itu gemar memukau penonton dengan penampilan serta persembahannya.

Akan tetapi, penampilan Naeem selepas pembedahan plastik terkini yang dijalaninya telah mengejutkan ramai peminat.

Menerusi sebuah video, Naeem duduk di sebelah jurusolek yang memujinya dengan berkata: “Kamu kelihatan sangat cantik sayangku. Seperti Barbie.”

Dia mempamerkan hidungnya yang sangat kecil, kening yang tebal, bibir yang besar dan mungil.

Pesohor media sosial itu didakwa menjalani 43 prosedur pembedahan plastik sejak beberapa bulan lalu termasuk membesarkan bibir dan payudara. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI