fbpx

Andre tempat keempat Terbuka Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANDRE (dua dari kiri) bergambar bersama tiga pemenang pingat Terbuka Australia selepas menamatkan aksi final lompat kijang di tempat keempat hari ini.

KUALA LUMPUR – Hasrat jaguh lompat kijang negara, Andre Anura Anuar untuk menaiki podium pada Terbuka Australia tidak kesampaian apabila menamatkan saingannya di tempat keempat sebentar tadi.

Bagaimanapun, Andre, 24, tetap boleh bergembira dengan peningkatan prestasinya pada aksi final di Queensland Sport and Athletics Centre, Brisbane itu.

Pemenang pingat emas Sukan SEA Hanoi 2021 itu melakukan lompatan sejauh 16.10 meter (m), catatan yang lebih bagus berbanding 15.63m sewaktu di pusingan kelayakan kelmarin.

Namun, Andre yang juga pemegang rekod lompat jauh kebangsaan, terpaksa menerima hakikat dengan jarak lebih jauh dilakukan tiga pemenang pingat emas, perak dan gangsa dari Australia.

Connor Murphy muncul juara dengan catatan 16.61m walaupun terikat jarak yang sama dengan Aiden Hinson di tempat kedua, manakala gangsa menjadi milik Julian Konle selepas melakukan 16.50m.

Andre dilihat berada pada landasan yang betul untuk mempertahankan pingat emasnya pada Sukan SEA Kemboja 2023 di Phnom Penh bermula 5 Mei ini.

Difahamkan, Andre masih mendahului carta Asia Tenggara kerana pemenang perak dan gangsa di Hanoi tahun lalu, Mark Harry Diones dari Filipina dan Tran Van Dien (Vietnam) belum melepasi jarak 16m tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI