fbpx

4 beradik maut: Ibu masih trauma, bapa selesai beri keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NABILA (duduk tengah) ditenangkan oleh salah seorang ahli keluarganya ketika ditemui Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd. Fared Mohd. Khalid di pekarangan Jabatan Forensik HPSF, Muar, Khamis lalu.

MUAR – Polis masih belum dapat merakam keterangan wanita yang kehilangan empat anak dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabak Awor, Jalan Ismail, di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, ibu mangsa dikenali Nabila Sedu, 31 masih kelihatan trauma dan polis sukar untuk mendapatkan sebarang kenyataan daripadanya.

Bagaimanapun katanya, polis telah selesai merakam percakapan bapa kepada empat kanak-kanak berkenaan, Thein Ko Htut, 30, pada Sabtu.

“Kita baru selesai (rakaman percakapan) bapa dia (empat beradik mangsa kebakaran), mak kanak-kanak (pula) masih trauma,”katanya.

Rabu lalu, media melaporkan empat beradik maut selepas kediaman dihuni mereka di Lorong Haji Muhammad, Jalan Ismail, Kampung Sabak Awor di sini, terbakar sebentar tadi.

Dalam kejadian pukul 7.49 petang itu, mangsa dikenali sebagai Puteri Aisyah Tenko To, 8; Mohd. Hakim, 6; Mustakim, 4 dan Fatihah Aisyah, 3 ditemui tidak sedarkan diri dalam bilik air di bahagian dapur rumah.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI