fbpx

11 warga Malaysia terselamat, bot dinaiki karam hanyut ke perairan Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 11 warga Malaysia ditemui di perairan selepas bot dinaiki mereka karam

SANDAKAN – Seramai 11 individu termasuk tiga kanak-kanak berdepan detik cemas apabila bot dinaiki mereka karam sebelum hanyut ke perairan Filipina sejak tiga hari lalu.

Bagaimanapun, kesemua mangsa terlibat berjaya menyelamatkan diri dengan duduk di atas bot yang terbalik sebelum ditemui pasukan keselamatan semalam.

Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima maklumat tentang sebuah Kapal Dagang Tomini Dynasty menemui seramai 11 warga Malaysia di Perairan Sibutu, Filipina.

“Berdasarkan maklumat diterima, bot berkenaan terbalik akibat cuaca buruk. Kapal Diraja Paus (KD PAUS) diatur gerak untuk melaksanakan pertemuan bersama kapal dagang itu di Tanjung Labian bagi mengambil kesemua mangsa terlibat.

“Mangsa kemudian dihantar ke Pulau Tambisan sebelum diserahkan kepada Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu untuk tindakan lanjut,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, salah seorang mangsa dikenali sebagai Siti Naun Osman, 25, berkata, dia bersama 10 mangsa lain iaitu lima wanita, dua lelaki dan tiga kanak-kanak dalam perjalanan dari Tawau menuju ke Semporna pada sebelah malam, 29 Mac lalu.

“Bot dinaiki kami tiba-tiba dipukul ombak kuat dan terbalik. Semua penumpang terpaksa bertahan selama tiga hari dengan hanya duduk di atas bot yang terbalik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI