fbpx

Wanita demam seminggu, rupanya hidap kanser darah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOREHA yang menghidap leukemia ditemani suaminya di rumah mereka di Felda Air Tawar 2 di Kota Tinggi baru-baru ini.

KOTA TINGGI – Seorang wanita di Felda Air Tawar 2 di sini tidak menyangka demam berpan­jangan yang dialaminya sehingga terpaksa berhenti kerja sebelum ini rupa-rupanya petanda dia menghidap kanser darah.

Noreha Kamis, 53, berkata, dia disahkan menghidap leukemia sejak tahun 2021 di saat negara sedang berdepan penularan pandemik Covid-19.

Katanya, sejak itu kesihatan­nya merundum sehingga terpaksa berbaring di rumah kerana tidak boleh duduk terlalu lama atau melakukan kerja berat.

“Sebelum saya dapat tahu hidap kanser, saya bekerja di bandar Kota Tinggi sebagai jurujual, namun ketika itu saya terpaksa kerap cuti kerana sering demam, petang sahaja badan mula rasa demam.

“Berbelas tahun saya be­kerja di situ, tetapi apabila sering mengambil cuti sakit, saya jadi segan dengan kawan-kawan dan terus berhenti kerja,” katanya ketika ditemui di Felda Air Tawar 2 di sini baru-baru ini.

Noreha memberitahu, dia diminta melakukan pemeriksaan darah di Hospital Kota Tinggi selepas seminggu mengalami demam.

Katanya, selepas doktor mendapat keputusan darah dan mengesahkannya menghidap kanser darah, dia kemudian dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI)

“Seminggu saya ditahan di wad, belakang saya juga ditebuk untuk doktor dapatkan air tulang sumsum,” ujarnya.

Ibu tiga anak itu berkata, ekoran keadaan kesihatannya itu, suaminya, Nor Salim Amat Tamyes, 57, yang mengambil alih membantu melakukan semua kerja rumah termasuklah memasak.

Katanya, suami yang mencari rezeki dengan menjual martabak di Felda itu kini tidak dapat berniaga sepenuh masa kerana perlu menjaganya.

“Saya ada mengambil ubat tambahan berharga RM1,000 sebulan yang sangat membantu dari segi kesihatan saya. Saya pernah terputus bekalan ubat itu kerana tiada wang dan akibatnya kesihatan terus merundum dengan teruk.

“Kos ulang-alik ke hospital memakan belanja kira-kira RM300 sebulan. Pihak wakil rakyat sedang membantu saya untuk permohonan Baitulmal. Saya amat berharap jika dapat diluluskan dapat meringankan beban kami,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun milik Noreha iaitu Bank Rakyat 22-4766994-3.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI