fbpx

Tarawih 20 rakaat dan 3 witir 7 minit sahaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sejumlah jemaah bersolat tarawih di Pondok Pesantren Mambaul Hikam, Mantenan Udanawu pada Rabu lalu. - Foto TimesIndonesia

JAKARTA –  Sebuah sekolah pondok iaitu tempat pelajar membaca kitab suci al-Quran di Kabupaten Blitar, wilayah Jawa Timur masih melaksanakan solat tarawih pantas iaitu sebanyak 20 rakaat dan tiga rakaat witir dalam masa tujuh minit sahaja, lapor portal berita TimesIndonesia semalam.

Pondok Mambaul Hikam merupakan salah satu pusat pengajian al-Quran tertua di Kabupaten Blitar yang didirikan oleh Kiyai Abdul Ghofur pada tahun 1907 dan solat tarawih pantas sudah berlangsung sejak ia didirikan. 

Ia kini mempunyai ribuan pelajar dari seluruh Indonesia.

“Tradisi solat tarawih cepat ini sudah berlangsung lama. Dicetuskan oleh datuk saya iaitu pendiri pondok ini,” kata Kiyai Muhammad Dliya’uddin Azzamzam yang merupakan cucu Abdul Ghofur dan pengajar di sekolah tersebut.

Dliya’uddin menjelaskan, solat tarawih yang dilaksanakan sama seperti solat tarawih pada umumnya termasuk jumlah rakaat hingga pada bacaannya. 

Imam solat tarawih itu membacakan surat al-Fatihah dan surah-surah pendek, manakala hanya lafaznya dipercepatkan. 

“Semua dilaksanakan rukun-rukunnya. Ertinya tidak ada yang salah, sesuai syariat dan tuntunan agama. Hanya saja bacaan dan gerakannya dipercepatkan,” jelas Dliya’uddin. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI