fbpx

‘Syaitan Manusia’ miliki paling banyak implan tanduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Michel 'Diabao' Praddo menerima pengiktirafan Rekod Dunia Guinness kerana mempunyai jumlah implan tanduk terbanyak pada tubuhnya. - Foto Newsflash

BRASILIA – Seorang peminat pengubahsuaian badan yang digelar ‘Syaitan Manusia’ mencatat rekod dunia kerana memiliki paling banyak implan tanduk, lapor portal berita Daily Star semalam.

Michel Praddo mempunyai 33 implan tanduk di kepalanya. Ia sebagai sebahagian daripada transformasi untuk kelihatan seperti syaitan manusia.

Lelaki berusia 47 tahun dari Brazil itu mempunyai empat tanduk di kepalanya dan beberapa implan serupa di bawah kulit dahi.

Katanya, dia adalah orang ketiga di dunia yang membuang hujung hidungnya iaitu prosedur yang sangat berbahaya. Dia kini mencatat namanya dalam Guinness World Records kerana mempunyai implan paling banyak di kepala.

Praddo pergi ke Itali untuk pengesahan rekod berkenaan menerusi program televisyen Lo Show Dei Record.

“Pada beberapa saat, saya beremosi, dengan air mata bergenang, semasa saya menjalani hidup saya. Pengalaman yang akan saya hargai selama-lamanya dalam hati dan ingatan saya,” ujarnya.

Sebelum kemenangannya, dia berkata: “Ini adalah program televisyen, bukan buku tetapi ia boleh membuka pintu. Berada di sana bermakna merealisasikan projek saya. Saya tidak hanya membayangkannya seperti ramai orang. Saya berjaya melakukannya.” 

Dia menghabiskan masa bertahun-tahun untuk melakukan pengubahsuaian dan melakukan penampilan jahat pada tubuhnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI