fbpx

Sotong bakar harga RM20 hingga RM50 pilihan berbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD ZURIHAN sedang menyiapkan sotong bakarnya di Bazar Ramadan Stadium Shah Alam baru-baru ini.

SHAH ALAM – Sotong bakar yang penuh rasa manis, masam dan pedas mampu membangkitkan selera berbuka puasa sepanjang Ramadan ini.

Hidangan itu dijual Ahmad Zurizhan Lokman, 29, di Bazar Ramadan Stadium Shah Alam, di sini de­ngan menggunakan ramuan rahsia tersendiri kakak­nya.

Menurut lelaki tersebut, ini merupakan kali pertama dia berniaga di bazar tersebut dan dia terkejut apabila menerima sambutan menggalakkan daripada pengunjung.

“Rempah dan kuah cicah sotong dibekalkan oleh kakak dan abang dan rata-rata pe­ngunjung amat menyukainya.

“Secara purata, saya berjaya menjual lebih 100 ekor sotong bakar setiap hari. Harga jualan pula antara RM20 hingga RM50 mengikut beratnya,” katanya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.

Bercerita lanjut, Ahmad Zurizhan memaklumkan seekor sotong bakar perlu dimasak sekurang-kurangnya dalam tempoh 20 minit de­ngan kawalan api yang tidak terlampau besar.

Ujarnya, ini bagi memastikan rempah yang disapu pada sotong itu mampu diresap sebaiknya.

“Biasanya, saya membawa kira-kira 200 ekor sotong setiap hari bagi jualan dan ber­syukur separuh daripadanya terjual.

“Setiap hari juga, saya ambil kira-kira 120kg kuah cicah sotong daripada kakak,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI