fbpx

Raksasa Loch Ness muncul secara tiba-tiba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pemburu raksasa Loch Ness mengesan kehadiran makhluk itu di Tasik Loch Ness pada awal Mac. - Foto Visit Inverness Loch Ness/Pen News

GLASGOW, Scotland – Seorang pemburu raksasa Loch Ness berkata bahawa dia berjaya mendapat bukti ‘menggembirakan’ mengenai kewujudan makhluk legenda yang tiba-tiba muncul di Tasik Loch Ness, Scotland, lapor portal berita Daily Mirror semalam.

Raksasa itu dikhuatiri hilang selepas lebih empat bulan lalu. Namun, ketika kemarau awal bulan ini, sesuatu yang terlalu besar untuk dianggap seekor ikan dikesan di dalam air tasik tersebut yang menjadi keruh.

Eoin O’Faodhagain yang kerap memantau raksasa Loch Ness melalui kamera web berkata, dia melihat sesuatu memiliki panjang lebih 6.09 meter meluncur di dalam air.

Ia berlaku beberapa minggu selepas O’Faodhagain melihat dua bonggol muncul di permukaan air. Penampakan tersebut menunjukkan raksasa yang juga dikenali sebagai Nessie itu mungkin tidak bersendirian.

O’Faodhagain, 58, berkata: “Panjang yang boleh dilihat adalah lebih 6.09 meter dan makhluk itu  mestilah sangat besar dan terlalu besar untuk seekor ikan. Memerang tidak akan mencapai saiz sebesar itu atau pun juga anjing laut.”

Misteri raksasa Loch Ness telah membawa ramai pengunjung ke kawasan tasik tersebut di Scotland sejak berdekad-dekad lalu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI