fbpx

Pesara swasta didakwa perdaya urusan mendapatkan pekerja asing RTK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Logan Abdullah (baju putih) didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini. -Foto oleh NOR SHAFAWATI YUP/KOSMO!

SEREMBAN – Seorang pesara swasta didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang lelaki bagi urusan mendapatkan pekerja asing melalui program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) dengan kerugian RM63,000, pada 2021.

Tertuduh, Mohd. Logan Abdullah, 68, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Firdaus Saleh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah memperdayakan seorang lelaki berusia 50 tahun dengan menjadi ejen mendaftarkan warga asing di bawah program RTK dan sengaja mendorong lelaki itu untuk membuat bayaran berjumlah RM63,000 bagi urusan tersebut.

Lelaki berkenaan tidak akan menggunakan wang tersebut sekiranya tidak diperdayakan sedemikian.

Kesalahan itu dilakukan di Green Street Homes, Seremban 2, di sini pada Mac sehingga 25 September 2021.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan iaitu hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nik Nur ‘Aqilah Syarfa Nik Zaidi menawarkan jaminan sebanyak RM6,000 terhadap tertuduh.

Peguam Jayaprakash Rao yang mewakili tertuduh merayu mahkamah supaya menetapkan wang jaminan paling minimum atas alasan anak guamnya perlu menanggung isteri serta tiga anak selain mempunyai masalah jantung dan kini sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM2,000.

Dalam pada itu, di kamar Mahkamah Majistret berasingan, tertuduh sama turut didakwa atas pertuduhan memperdayakan seorang lelaki dalam urusan mendapatkan pinjaman peribadi daripada bank dan berkaitan mendapatkan pinjaman kereta.

Lelaki berusia 49 tahun itu memasukkan cek berjumlah RM1,400 ke atas nama tertuduh yang mana dia tidak akan menyerahkan wang tersebut sekiranya tidak diperdayakan sedemikian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI