fbpx

Penasihat keselamatan Korea Selatan letak jawatan penangan Blackpink

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kim Sung-han - Foto Yonhap News

SEOUL – Pengaruh kumpulan K-Pop Blackpink semakin kuat dan menjadi topik hangat selepas peletakan jawatan Kim Sung-han yang merupakan penasihat keselamatan Korea Selatan, lapor portal berita koreaboo.com semalam.

Namun, apa yang paling mengejutkan adalah laporan saluran berita Korea Selatan mengenai pengunduran Sung-han.

Menurut laporan, Wanita Pertama Amerika Syarikat, Jill Biden membuat tawaran untuk mengundang Blackpink membuat persembahan pada majlis makan malam negara semasa kunjungan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol ke Washington.

Syarikat hiburan, YG Entertainment mengesahkan permintaan daripada wanita pertama tersebut supaya Blackpink membuat persembahan bersama penyanyi terkenal, Lady Gaga.

Bagaimanapun, mesej tersebut tidak sampai kepada Presiden Korea Selatan mungkin kerana salah faham komunikasi, menyebabkan penasihat keselamatan tersebut meletak jawatan.

Menurut media tempatan, berita mengenainya tidak disampaikan kepada Suk-yeol walaupun telah diketahui oleh ramai pegawai kerajaan.

“Mereka telah meninggalkan sekurang-kurangnya enam laporan berkaitan undangan itu kepada Presiden Suk-yeol awal bulan ini,” kata seorang pegawai kerajaan.

Bagaimanapun, Suk-yeol dilaporkan hanya mendengar berita itu melalui saluran Kementerian Luar dan dikatakan naik berang.

Atas sebab itulah Sung-han meletak jawatan secara sukarela, manakala program berita tempatan melaporkan bahawa ia adalah pengendalian yang lemah dan akan memberi gambaran buruk kepada kerajaan kerana isu K-Pop. 

Terbaharu, Pejabat Presiden Korea Selatan mengeluarkan kenyataan akhbar rasmi menafikan bahawa Blackpink telah dijemput untuk membuat persembahan semasa lawatan ke Suk-yeol dan wanita pertama Korea Selatan Kim Keon-hee ke Washington.  – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI