fbpx

Papsma cadang rekrut pekerja Bangladesh dibeku sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA- Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (Papsma) menyokong tindakan kerajaan membekukan kelulusan pekerja asing untuk sementara waktu sehingga kemasukannya dapat dikawal khususnya dari Bangladesh.

Setiausaha Agung Papsma, Dr. Sukumaran Nair berkata, tindakan itu sekali gus dapat menyekat kuasa monopoli pihak tertentu dengan mengenakan kos perekrutan tinggi, mengehadkan agensi pekerjaan, mengenakan pelbagai sekatan seperti pelaksanaan Sistem MIGRAMS.

“Papsma mencadangkan supaya pengrekrutan dari negara Bangladesh dibekukan serta-merta sehingga satu pencapaian tulus dan adil diselenggarakan oleh kedua-dua kerajaan.

“Ia bagi memastikan pekerja tidak dianiaya seperti mana yang dikontrakan oleh majikan selepas kemasukan mereka ke negara ini.

“Justeru, Papsma memohon kepada kementerian terlibat untuk mengambil tindakan serius selain mengkaji struktur dan protokol lebih professional bagi membendung gejala melambakkan pekerja asing di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Mengulas lanjut, katanya, Sistem MIGRAMS kini dimonopoli oleh enam agensi pekerjaan Bangladesh dengan sejumlah hampir satu juta kelulusan telah diluluskan Kementerian Sumber Manusia setakat ini.

“Sistem itu yang diwujudkan penyedia perkhidmatan turut mengenakan bayaran RM100 pendaftaran untuk setiap pekerja yang mahu masuk ke negara ini.

“Anehnya, pembayaran itu hanya dikenakan untuk pekerja Bangladesh sahaja dan ia dibayar dengan pembayaran ‘top up’ melalui e -wallet antarabangsa oleh agensi pekerjaan Bangladesh,” jelasnya.

Menurut Sukumaran, jika sistem monopoli terbabit tidak disekat serta-merta, sasaran kemasukan pekerja asing dijangka mengambil masa terlalu lama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI