fbpx

Mat Dan akhirnya timang ‘puteri’ dalam keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEHADIRAN anak perempuan Mat Dan yang dilahirkan semalam melengkapkan keluarga kecilnya bersama isteri dan dua anak lelaki.

PETALING JAYA – Selepas memiliki dua ‘hero’ dalam keluarganya, pengacara dan pempengaruh media sosial, Mat Dan teruja menimang cahaya mata perempuan yang dilahirkan pada pukul 9.58 malam semalam.

Berita gembira tersebut dikongsikan oleh pemilik nama sebenar Daniel James Tyler, 34, itu yang menyifatkan kehadiran si kecil sebagai kegembiraan berganda apabila akhirnya dia dikurniakan seorang puteri.

Isteri Mat Dan iaitu Nadifa Adnan melahirkan cahaya mata perempuan mereka di sebuah pusat perubatan swasta di Klang, Selangor.

“Alhamdulillah, saya dikurniakan anak perempuan. Pada pukul 9.58 malam semalam, isteri saya selamat melahirkan seorang bayi yang sangat cantik.

“Tahniah Nadifa, saya sangat bangga dengan awak. Insya-Allah hari ini kami boleh balik rumah dan memperkenalkan kepada Zayne dan Eydan,” kongsinya dalam InstaStory miliknya.

Terdahulu, Mat Dan yang berasal dari England tetapi mula menempa nama di Malaysia dek kefasihannya bercakap dalam loghat Terengganu pernah mengendalikan beberapa program televisyen seperti Haramain Backpackers dan Mat Dan Kaki Jalan mendirikan rumah tangga bersama Nadifa pada tahun 2017.

Sebelum ini, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki Muhammad Zayne Taylor dan Eydan Yusoff.

Kini, kehadiran cahaya mata perempuan melengkapkan dan menjadi penyeri dalam hidup mereka sebagai sebuah keluarga. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI