fbpx

Liga Super: Solari resah Arif, Endrick tercedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARIF AIMAN berdepan isu kecederaan, namun Solari berharap dia sempat pulih untuk diturunkan pada aksi menentang Sabah FC.

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari resah menjelang pertemuan menentang Sabah FC bagi aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini setelah beberapa pemain utama dijangka tidak dapat diturunkan.

Pemain yang dimaksudkan ialah mesin gol JDT, Bergson Da Silva dan dua pemain yang dilepaskan daripada kem latihan pusat skuad kebangsaan akibat kecederaan, Arif Aiman Hanapi dan Endrick Dos Santos.

Solari berkata, perkembangan itu merisaukan kem Harimau Selatan biarpun pasukannya sudah membuat persediaan berdepan pencabar terdekat itu.

“Walaupun skuad ini secara amnya berada dalam keadaan yang baik, terdapat beberapa pemain yang belum cergas sepenuhnya dan masih menjalani pemulihan.

“Natxo Insa hampir kembali selepas beberapa bulan tidak beraksi akibat kecederaan belakang, manakala Bergson masih belum cergas sepenuhnya setelah terlepas tiga perlawanan yang terakhir.

“Arif Aiman ​ dan Dos Santos juga tidak 100 peratus cergas dan masih menjalani pemulihan dan latihan ringan,” katanya.

Solari berharap pemain-pemain tersebut kembali cergas sepenuhnya untuk perlawanan menentang Sabah dan perlawanan-perlawanan akan datang.

Beliau menjangkakan pertemuan menentang skuad kendalian Ong Kim Swee bakal menjadi satu perlawanan yang sukar.

Menurutnya, pemain tidak boleh memandang rendah keupayaan lawan setelah The Rhinos mempamerkan prestasi yang baik pada lima perlawanan pembukaan liga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI