PETALING JAYA – Kucing seperti baka British Short Hair (BSH) sering kali dibuang oleh pemilik mereka kerana mudah menerima jangkitan dan memakan kos yang tinggi untuk dirawat sekiranya jatuh sakit.
Menurut individu yang dikenali sebagai Danny, dia meluahkan rasa tidak puas hatinya di Twitter, susulan seekor kucing BSH yang dibuang dalam satu acara ‘adoption’ di Putrajaya.
Kucing baka BSH itu telah dibuang pemiliknya di salah satu ‘booth’ acara ‘adoption’ kerana mempunyai ketumbuhan di mulut.
Lebih menyedihkan apabila kucing itu diletakkan di dalam ‘carrier’ kucing dan ditinggalkan begitu sahaja.
Hasil semakan juga mendapati, harga kucing british short hair ini boleh mencecah sehingga RM6,000 ke RM8,000 seekor.
Tambah Danny lagi, rata-rata orang ramai membela kucing-kucing baka ini sekadar untuk mengikuti ‘trend’ dan bukannya niat mereka untuk memberi penjagaan yang terbaik buat si manja.
Perkongsian itu mendapat perhatian orang ramai dan berjaya meraih sebanyak 346 tontonan di Twitter. -KOSMO! ONLINE.