fbpx

Hannah Yeoh tampil pemberita pertama segmen Stadium RTM, April ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hannah bakal muncul sebagai penyampai berita pertama mengendalikan segmen baharu, Stadium RTM April ini.

PETALING JAYA – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh bakal tampil sebagai pemberita pada 1 dan 2 April ini menerusi saluran Berita Perdana, RTM 1.

Hannah yang bakal muncul dalam kaca televisyen bagi membaca berita sukan itu khas sempena ulang tahun RTM ke-77.

Menerusi perkongsian di Facebooknya, Ahli Parlimen Segambut itu berkata, menjadi pembaca berita merupakan impiannya sejak di alam persekolahan lagi.

“Sempena ulangtahun RTM yang ke-77, saya telah diberi peluang untuk membaca berita sukan dalam edisi khas mereka.

“Nantikan 1 dan 2 April ini pukul 8.20 malam di RTM 1, Berita Perdana. Saya akan menyampaikan segmen sukan baru Stadium RTM.

“Terima kasih Berita RTM atas keyakinan yang diberi kepada saya sebagai presenter (pemberita) pertama untuk segmen ini,” katanya dalam satu hantaran semalam.

Dalam pada itu, hantaran tersebut dilihat mendapat perhatian pengikutnya di media sosial dan rata-ratanya tidak sabar untuk menyaksikan penampilan khas Hannah sebagai seorang penyampai berita.

“Menteri berbakat, cantik dan serba boleh, semangat nak tengok berita RTM nanti kalau YB cantik yang baca,” seloroh Munir.

“Mana tahu lepas ini YB boleh buat kerja sambilan sebagai pemberita. Kalau menteri KBS lepas jadi penyampai radio, menteri kali ini jadi pembaca berita pula,” kata Suzana. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI