SEJAK memulakan debut sekitar lapan tahun lalu bersama kumpulan CLC, bakat Yeeun antara yang paling menjadi perhatian peminat.
Aura penampilan di atas pentas yang dimilikinya sangat kuat, bahkan dia juga sangat lincah menari.
Ditanya tentang perkara tersebut, Yeeun dengan berbangga menjawab, bakat yang dimilikinya merupakan genetik.
“Saya tak rasa malu atau berdebar ketika di atas pentas. Sebahagiannya (bakat) kerana genetik, separuh lagi datangnya daripada kekuatan yang saya bina sepanjang tempoh latihan,” katanya.
Baru-baru ini, Yeeun menuai perhatian ketika muncul dengan single solo berjudul Strange Way To Love yang menyaksikan dia bertindak selaku penulis lirik.
“Saya tulis emosi yang saya mahu sampaikan kepada peminat dalam lagu ini,” kongsinya lagi.