fbpx

EPL: Ferguson, Wenger terima penghormatan Hall of Fame

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERGUSON (kiri) dan Wenger dianggap dua pengurus yang pernah menyumbang kepada kemeriahan saingan EPL sebelum ini. – AGENSI

LONDON – Dua pengurus le­genda Liga Perdana Inggeris, Sir Alex Ferguson dan Arsene Wenger menerima anugerah berprestij Hall of Fame (terbaik sepanjang zaman) saingan Liga Perdana Inggeris awal pagi semalam.

Sebagai rekod, Ferguson yang merupakan bekas pengendali The Red Devils berjaya membantu pasukan itu menjulang 13 trofi EPL sebelum bersara pada penghujung musim 2013.

Kata Ferguson, pengiktirafan yang diberikan oleh EPL untuk menjadi sebahagian daripada Hall of Fame adalah sesuatu yang amat besar dan antara yang terbaik dalam kariernya.

“Saya berbangga apabila menjadi sebahagian daripada Hall of Fame kali ini. Ia adalah penghargaan terbesar buat karier saya secara peribadi dan United selain bekas-bekas pemain di bawah bimbingan saya.

“Malah, apa yang membuatkan saya lebih terharu apabila dapat menerima anugerah ini bersama Wenger yang telah mencipta fenomena tersendiri bersama Arsenal,” katanya.

Sementara itu, Wenger yang berjaya membantu The Gunners menjulang tiga trofi EPL termasuk pencapaian ‘Invincibles’ selepas merekodkan aksi semusim tanpa tewas turut teruja dengan anugerah yang diberikan.

“Sudah pasti saya terharu dengan anugerah ini kerana ada yang menghargai apa yang saya lakukan bersama Arsenal.

“Apabila dapat menerima pengiktirafan ini bersama Ferguson, ia membuatkan saya lebih berbangga kerana kami berdua seperti ahli tinju ketika bertarung di gelanggang dan dia menjadi punca sehingga saya sampai ke tahap ini,” katanya.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI