fbpx

Dua sindiket tumpas, rampas dadah RM11.03juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussien (dua kanan) bersama dadah yang dirampas pada sidang akhbar hari ini.

SHAH ALAM – Kegiatan dua sindiket pengedaran dadah sekitar Lembah Klang sejak setahun lalu akhirnya tumpas menerusi penangkapan tujuh anggotanya bersama dua jenis dadah bernilai keseluruhan RM11.03juta, Selasa lalu.

Kesemua suspek termasuk seorang wanita berusia 27 hingga 52 tahun itu dicekup bermula 11.50 pagi sekitar Petaling Jaya, Shah Alam, Klang, Ampang, Tanjung Malim dan Cyberjaya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan berkata, berdasarkan serbuan sindiket pertama menyasarkan dadah jenis heroin sebagai aktiviti utama mereka.

Katanya, ini menerusi rampasan keseluruhan 39 bungkusan ketulan heroin dengan seberat 17.59 kilogram (kg) yang masing-masing dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Wish dan Perodua Myvi sekitar tepi jalan Pelabuhan Klang dan kawasan parkir flat di Ampang.

Turut dirampas adalah satu bungkusan Methamphetamine seberat 497gram serta menangkap tiga lelaki dan seorang wanita.

“Kumpulan kedua pula dicekup ketika membuat pemindahan dadah jenis syabu dari MPV Toyota Estima kepada Toyota Alphard di kawasan letak kereta sebuah pangsapuri di Damansara Perdana, Petaling Jaya.

“Serbuan pukul 1.50 tengah hari itu merampas keseluruhan 279 bungkusan syabu seberat 298.9 kg bernilai RM10.8juta. Tiga suspek lelaki ditangkap dalam serbuan ini,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Menurut beliau, hasil siasatan menunjukkan kesemua dadah tersebut diperoleh dari negara jiran di utara Semenanjung.

Hussien menambah, sindiket dalam proses pengedaran bagi pasaran sekitar Lembah Klang.

“Kita turut menyita tiga kenderaan dan 17 barangan kemas dianggarkan RM191,080.

“Dua daripada suspek ditangkap juga positif syabu selain kesemuanya mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah,” katanya.

Jelas beliau, semua suspek kini direman antara tiga hingga tujuh hari dengan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI