fbpx

Bukan ganja tapi pes ubat gigi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bungkusan yang dikatakan ekstrak daun ganja yang dialamatkan kepada Perdana Menteri dan Menteri Ekonomi.

SHAH ALAM – Bungkusan yang dikatakan ekstrak daun ganja yang dialamatkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli sebelum ini sebenarnya adalah pes ubat gigi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan berkata, ini selepas hasil ujian makmal dilakukan terhadap parcel yang diterima kedua-dua ahli politik itu.

“Selepas hantar makmal kimia, hasilnya mendapati tidak mengandungi sebarang jenis dadah.

“Ia sebenarnya adalah pes ubat gigi,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan satu bungkusan berisi ekstrak daun ganja yang dialamatkan kepada dua ahli politik berjaya dirampas menerusi serbuan di sebuah hab kurier di Pulau Meranti, Puchong.

Mengulas lanjut, Hussien berkata, siasatan lanjut pihaknya mendapati kedua-dua parcel adalah daripada individu sama yang merupakan warga tempatan.

“Kita telah dapat detail pengirim dan masih mengesan untuk menangkapnya,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI