fbpx

Bawang putih bantu hilangkan panau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bawang putih sering dikaitkan dengan ramuan masakan.

PANAU atau bahasa saintifiknya Tinea versicolor adalah sejenis jangkitan yis yang disebabkan oleh kulat jenis genus Malassezia.

Jangan risau, bawang putih mampu membantu menghilangkan masalah panau tanpa perlu menghabiskan wang melakukan pembedahan plastik.

Caranya, anda perlu menyapukan ekstrak bawang putih yang telah ditumbuk atau dihancurkan di atas kawasan kulit berpanau. Ia akan menyebabkan kulit anda timbul tompok-tompok jelas dan pucat.

Biarkan seketika hingga betul-betul meresap dan bilas guna air bersih.

 

Oren keringkan jerawat

BOLEH dikatakan setiap wanita inginkan rupa paras yang jelita, dan salah satu perkara yang boleh mencantikkan seseorang adalah kulit yang bersih serta sihat.

Tahukah anda, buah oren bukan sahaja enak, malah mempunyai kandungan asid sitrik yang membantu pengelupasan kulit mati dan mengeringkan jerawat secara semula jadi tanpa merengsakan kulit.

Caranya cukup mudah, hanya ambil sebiji buah oren dalam diet harian anda. Seeloknya, buah oren dimakan pada setiap pagi ketika sarapan atau bersahur.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI