fbpx

Anwar solat Jumaat di Masjid Dongsi, Beijing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar disambut pihak Masjid Dongsi bagi menunaikan solat Jumaat.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Masjid Dongsi di daerah Dongcheng, Beijing, China hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, Masjid Dongsi merupakan masjid tertua di Beijing yang dibina pada kurun ke-14 semasa era Dinasti Ming oleh seorang pegawai tentera bernama Chen You.

“Saya tersentuh tatkala disambut oleh Imam Nordin dan pihak masjid serta masyarakat Islam di Dongcheng yang menunggu ketibaan saya dalam suasana yang amat sederhana.

“Saya turut dibawa melawat sayap masjid yang menempatkan pelbagai khazanah dan warisan kebudayaan serta artifak sejarah dari era Dinasti Ming,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Anwar berkata, terdapat pelbagai versi Al Quran ditempatkan di Masjid Dongsi dan dipelihara dengan cermat termasuk satu salinan al-Quran yang ditulis dengan tangan dari era Dinasti Yuan.

“Insya-Allah, saya pasti akan kembali ke sini di lain waktu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI