fbpx

Akhirnya Shuk, Rossa Sera sah cerai talak satu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHUK dan Sera kini sah bercerai talak satu.

PETALING JAYA – Selepas hampir dua tahun berkonflik, rumah tangga bekas pengacara dan pelawak popular Shuk Sahar dengan isterinya, Rossa Sera berakhir dengan talak satu pada 22 Mac lalu.

Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 36, berkata, lafaz cerai yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur diputuskan selepas mencapai kata sepakat dan persetujuan bersama-sama.

“Kami capai keputusan untuk berpisah selepas pulang daripada mengerjakan umrah sekitar Januari lalu.

“Perpisahan ini dilakukan secara baik antara kami,” katanya.

Dalam pada itu, Shuk mengakui perceraian tersebut memberi pengajaran buat dirinya untuk berubah menjadi individu lebih baik.

Katanya, walaupun sudah berpisah, hubungannya dengan bekas isteri tetap baik demi masa depan dua cahaya mata mereka.

“Semua yang berlaku kepada kami, memang menjadi pengajaran buat saya untuk terus memperbaiki diri.

“Selama ini memang kami cuba cari haluan masing-masing untuk perbetulkan diri sendiri.

“Fokus saya sekarang ini hanya untuk anak-anak sahaja dan mereka kini tinggal di Sabah bersama ibu Sera,” ujarnya.

Terdahulu, krisis rumah tangga Shuk dan Sera mula goyah apabila pelawak itu didakwa curang dengan wanita lain yang dikenali sebara Fara Salleh.

Berkali-kali kantoi dan tidak tahan dengan kemelut berpanjangan, Sera atau nama penuhnya Rossalennah Natassyiah Assahaferah nekad memfailkan cerai pada Mac tahun lalu.

Gara-gara dakwaan isu kecurangan juga, kerjaya Shuk sebagai penyampai radio di Hot FM menemui pengakhiran apabila ditamatkan kontrak pada Februari 2021, selain kehilangan banyak tawaran pengacaraan dan lakonan.

Shuk dan Sera mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurnikan dua anak perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 7, dan Nur Assyifatul Aimi kini berusia empat tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI