fbpx

Agong rasmi Masjid Al-Sultan Abdullah di Kampung Sungai Bedaun, Labuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah ketika menandatangi plak majlis pemasyhuran Masjid Al-Sultan Abdullah di Kampung Sungai Bedaun, Wilayah Persekutuan Labuan, hari ini.

PETALING JAYA – Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menyempurnakan majlis pemasyhuran Masjid Al-Sultan Abdullah di Kampung Sungai Bedaun, Wilayah Persekutuan Labuan, hari ini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda pada pukul 12.15 tengah hari disambut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Mohd Na’im Mokhtar, Ahli Parlimen Labuan Datuk Suhaili Abd. Rahman, Senator Datuk Seri Anifah Aman dan pegawai Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan.

Menurut kenyataan Istana Negara di laman Facebooknya, Seri Paduka Baginda turut berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 1,000 jemaah yang hadir.

“Usai menunaikan solat Jumaat, Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada masjid tersebut dan juga kepada golongan yang memerlukan.

“Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam rangka lawatan tiga hari ke Wilayah Persekutuan Labuan bermula hari ini hingga 2 April,”tulisnya.

Terdahulu kata Istana Negara, masjid tersebut mula dibina pada tahun 2019 di atas tanah seluas 2.56 hektar atau kira-kira 6.14 ekar tersebut dibiayai sepenuhnya oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan boleh menampung seramai 1,500 jemaah pada satu-satu masa.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI