fbpx

[VIDEO] Isteri Musa Hassan failkan penceraian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Elly Afizahwati (kanan) bersama peguamnya, Datuk Hazizah Kassim selepas memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah Shah Alam. - Foto oleh SADDAM YUSOFF

SHAH ALAM – Kemelut rumahtangga bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sampai kemuncak apabila isterinya memfailkan permohonan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah hari ini.

Puan Sri Elly Afizahwati Abdul Jalil, 42, memfailkan tuntutan tersebut setelah mendapati tiada persefahaman dan berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan dengan Musa yang dikahwini sejak 10 tahun lalu.

Katanya, Musa juga telah keluar dari rumah sejak enam bulan lalu.

“Saya failkan sebab sudah tidak tahan. Saya pun kenal Tan Sri (Musa) yang akan ambil macam-macam tindakan pada saya.Jadi, saya tidak boleh lagi begini.

“Selepas tuntutan cerai ini, saya akan memfailkan tuntutan hak jagaan anak dan nafkah anak lelaki tunggal saya berusia 8 tahun.

“Jadi, saya berharap agar proses penceraian ini berjalan lancar untuk kebaikan kedua-dua pihak,” katanya ketika ditemui di lobi mahkamah syariah selepas memfailkan permohonan cerai itu.

Elly Afizahwati yang juga bekas ahli perniagaan itu memaklumkan dia mengambil pendirian untuk berdiam diri dan tidak membuat apa-apa komentar balas terhadap insiden yang berlaku termasuk kenyataan media oleh Musa.

Selain itu, tindakan berdiam diri juga disebabkan adanya rundingan penyelesaian sedang dijalankan antara kedua-dua peguam syarie mereka dalam usaha menyelesaikan kemelut rumahtangga dan hak-hak selepas penceraian.

Antara cadangan kedua-dua mereka adalah berhubung jagaan anak, nafkah, penyelesaian harta penceraian dan mutaah.

“Saya terima cadangan penyelesaian daripada peguam Musa pada 27 Februari lalu sebelum mengarahkan peguam syarie saya, Datuk Hazizah Kassim dan Noorulhuda Daud membalas cadangan itu pada 3 Mac lalu. Namun, sehingga kini masih tiada jawapan,” katanya.

Ketika ditanya mengenai kenyataan Musa sebelum ini termasuk ciri-ciri isteri derhaka, Elly Afizahwati menegaskan apa yang dikatakan suaminya itu adalah tidak betul sama sekali.

“Dia sebagai lelaki, dia sepatutnya menunjukkan sifat dan tauladan yang baik kepada anak dan isteri. Dia kena perbetulkan diri dia dulu,” tegasnya.

Sebutan semula prosiding permohonan penceraian itu ditetapkan pada 11 Mei depan. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI