fbpx

UMNO lantik Ab. Rauf sebagai Ketua Menteri Melaka baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ab. Rauf

KUALA LUMPUR – Nama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh telah dihantar sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu menggantikan Datuk Seri Sulaiman Md. Ali.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Ahmad Zahid berkata, parti itu juga sudah mengutuskan warkah kepada Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Rustam, untuk menerima peletakan jawatan Sulaiman sebagai Ketua Menteri.

“Saya sudah mengutuskan warkah kepada TYT Melaka untuk menerima peletakan jawatan Ketua Menteri (Sulaiman) dan dengan ini parti mencadangkan melalui warkah itu Datuk Seri Rauf sebagai Ketua Menteri yang baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas mempengerusikan Majlis Pembangunan Usahawan dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Kebangsaan (MPUPK), di Bangunan Parlimen, hari ini.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, Sulaiman memaklumkan sebab peletakan jawatannya ialah kerana masalah kesihatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI