fbpx

The Glory, kemenangan dendam yang terindah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERJEMAHAN watak Moon Dong-eun oleh Song Hye-kyo memercikkan perasaan luar biasa penonton kerana ini merupakan kali pertama dia tampil dengan karakter dingin, penuh dendam dan misteri.

BARU berkesempatan menghabiskan 16 episod (dua musim) siri The Glory yang menjadi perbualan ramai. Verdict? Pertama sekali, jalan cerita drama ‘online’ tersebut luar biasa.

Dalam pada audiens barangkali berpendapat apa lagi yang ingin ‘disental’ pembikin cerita Korea Selatan, mereka memberi dan terus memberi. The Glory menjadi satu lagi bukti ampuh dari sudut tersebut.

Paksi ceritanya mudah iaitu tentang kisah buli di sekolah yang tumbuh mekar menjadi pelan balas dendam selepas 18 tahun.

Bagaimana orang Korea mengkomersialkan ‘sesuatu’ yang bersifat sangat negatif (masalah buli), namun diadun dengan kuasa sinematik hebat, langsung tidak tercapai akal.

Skrip top-notch

Dari segi plot atau penceritaan, sinematografi dan muzik, The Glory terkandung segala-galanya yang wajar dilambung pujian. Top-notch dan antara siri yang sangat memberikan dampak buat tahun 2023 setakat ini.

Kalau menyentuh tentang skrip, plot twist (pusingan plot) adalah apa yang membuatkan siri terbabit wajib menjadi pilihan penonton. Ibarat tak boleh berkelip mata atau berehat ke tandas sebentar. Kalau tidak, ada sahaja perihal yang berubah.

WATAK pembuli anak orang kaya bernama Park Yeon-jin lakonan Lim Ji-yeon benar-benar meninggalkan kebencian dalam kalangan penonton.

Siapa khianat siapa? Adakah Moon Dong-eun (Song Hye-kyo) akan terus ‘berada’ di depan Park Yeon-jin (Lim Ji-yeon).

Perkara sebegitu membuatkan penulis terus terpaku menghabiskan tontonan The Glory bagai air mengalir deras. Enggan tertinggal walau seinci babak.

Terjemahan, perkembangan

Keduanya, dari segi terjemahan atau permainan karakter.

Syabas buat mereka yang terlibat. Dari sebesar-besar karakter Hye-kyo sebagai nadi utama, sesyaitan Yeon-jin sehingga kepada watak si kecil, Ha Ye-sol yang dimainkan pelakon cilik, Oh Ji-yul.

Algojo Dong-eun pula, ‘kadar kemanisan’ dimilikinya bukan sekadar boleh membuatkan penonton kena diabetes, bahkan tiga serangkai. Tahniah buat pelakunya, Lee Do-hyun.

Buat penulis secara peribadi, skrip kisah The Glory dambakan terlalu banyak perkara untuk watak Dong-eun, namun Hye-kyo telah memberikan yang seadil-adil dan sebaik-baiknya untuk karakter tersebut dengan cemerlang.

Antara terjemahan karakternya yang terhebat sepanjang bergelar pelakon. Itu fakta dan barangkali hanya pendapat tidak berjisim bergantung dengan penerimaan sesiapa yang membaca ulasan ini.

Budaya, produk Korea

Jika menonton beberapa projek Hye-kyo seperti Descendants of the Sun, Autumn In My Heart dan bahkan Full House, mungkin ini antara karya yang terus mengukuhkan namanya sebagai seorang pelakon. Hye-kyo at her best bak kata orang putih.

Watak Yeon-jin dan konco-konconya (Lee Sa-ra, Myeong-oh, Jeon Jae-joon dan Choi Hye-jeong) juga dijayakan dengan penuh berkesan. Perkataan tepat untuk menggambarkan kesemua watak tersebut adalah epitome ‘muka cantik, perangai binatang’.

SIRI The Glory semakin melonjakkan populariti Song Hye-kyo selaku aktres kelas A di Korea Selatan.

Tapi terfikir kalau tak dibulinya Dong-eun ketika di sekolah, maka tiadalah cerita The Glory hatta menyedari bahawa karya hanya berstatus fiksyen, namun ‘penyakit’ tersebut wujud di mana-mana.

The Glory juga membawa bersama budaya Korea Selatan yang diselitkan menerusi makanan tradisi iaitu kimbap yang sering dipaparkan Dong-eun dan beberapa pelakon lain.

Juga lagi ‘product placement’ (penempatan produk) yang berjaya kerana selama ini tidak pernah diketahui di Korea Selatan rupa-rupanya terdapat permainan bernama baduk atau Go yang terkenal di negara tersebut.

Berharap ada ruangan lebih untuk terus melanjutkan ulasan tentang The Glory, namun satu yang pasti, ini adalah cerita yang bermacam-macam ragam.

Ada elemen melodrama, sedikit horror dan solusi pembunuhan misteri. Markah A+ buat siri The Glory.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI