fbpx

Tak sempat berbuka, udang galah masak lemak sudah basi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Harapan seorang wanita untuk makan udang galah masak lemak musnah apabila juadah yang dibelinya itu basi sebelum sempat dimakan ketika berbuka puasa semalam.

Kata wanita tersebut, dia membeli lauk itu untuk dimakan sebagai juadah berbuka puasa, namun hampa.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa kesal dan serik dengan penjual makanan di bazar dan ada yang tidak mahu lagi menjejakkan kaki di bazar Ramadan.

“Beli dekat restoran lagi berbaloi, insya-Allah tak ada masalah harga. Lagipun harga makanan di bazar dengan makanan di kedai makan lebih kurang sama,” komen Pauzi.

“Beli ayam gunting daripada peniaga yang selalu kami beli tapi tak tahu kenapa apabila makan rasa banyak tulang daripada isi. Sejak itu, terus tak masuk bazar,” komen Linda.

“Pernah beli martabak ayam satu, daging satu, apabila nak makan tak tahu mana yang ayam dan daging. Rasa sama, penuh bawang dan telur,” komen Nur Hasliza.

Perkongsian itu menjadi tular di Facebook dan meraih 418 tanda suka dan 407 komen sehingga menjadi medium orang ramai untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI