fbpx

Tak fasih bahasa Melayu, Tya Arifin dimalukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TYA ARIFIN

GARA-GARA masih belum fasih berbahasa Melayu, membuatkan pelakon dan usahawan, Tya Arifin pernah dimarahi di lokasi penggambaran.

Kata pelakon asal Indonesia itu, dia tidak kisah menerima teguran atas kelemahan dirinya, namun berharap bukan dimalukan di khalayak ramai.

“Kena marah ketika shooting (penggambaran) kerana tak fasih bahasa Melayu. Ya, (itu) normal. Ternyata susah banget (sangat) tetapi Tya okey saja kena marah.

“Cuma kalau boleh jangan marah di depan orang ramai. Jagalah air muka sikit,” kongsinya menerusi Instagram.

Kasihan pula Mizz Lahar dengar cerita menantu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa itu sebab dapat dibayangkan perasaannya dimarah.

Bukan tak boleh marah, tetapi mungkin kemarahan diluahkan secara beremosi, selain tidak kena tempat.

MIZZ LAHAR: Mendoakan semoga Farid Kamil dan isteri menemui penyelesaian yang baik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI