KEMUNCULAN semula dan pelancaran lagu baharu kumpulan Ive memancarkan keterujaan dan menamatkan penantian peminat.
Sebaik sahaja lagu diluncurkan, peminat berpusu-pusu menyerbu laman saluran YouTube dan platform penstriman muzik lain untuk mendengar lagu terbaharu mereka berjudul Kitsch.
Namun, tidak lama selepas itu peminat meluahkan rasa tidak puas hati dan kekecewaan terhadap lagu terbaharu tersebut dalam media sosial.
Ketidakpuasan hati berlaku apabila mereka berasakan jumlah masa dan masa skrin anggota vokal utama, Liz lebih sedikit berbanding ahli lain.
Malah, ramai peminat mencipta carta dan graf untuk menggambarkan perbezaan dalam pengedaran baris lagu menunjukkan Liz hanya mempunyai kurang daripada enam saat dalam Kitsch.
Sesetengah peminat berpendapat bahawa perbuatan tersebut tidak dapat menonjolkan bakat sebenar ahli dan menjejaskan potensinya untuk berjaya.
Akibatnya, timbulnya kesan terhadap lagu dan label kumpulan itu.